Soalan Lazim & Terma Syarat

FAQ

Frequently Asked Questions

+
Happy Clients

PBHU adalah perkhidmatan pungutan penghantaran bagasi/barangan/bungkusan yang disediakan oleh GNEX kepada jemaah haji & umrah Malaysia yang ingin membuat pengeposan bagasi/barangan/bungkusan dari hotel-hotel di Mekah & Madinah ke alamat penerima di Malaysia.

GNEX/GDEX akan memastikan bagasi/barangan/bungkusan diserahkan mengikut standard yang ditetapkan ke alamat penerima dalam tempoh 7 ke 14 hari bekerja dari tarikh pengeposan. Tempoh serahan tertakluk kepada jadual penerbangan dan sebarang urusan berkaitan pihak berkuasa Malaysia dan Arab Saudi serta poskod kawasan penerimaan. GDEX bertanggungjawab membuat serahan kepada alamat yang tertera di atas nota konsainan.

PBHU GNEX akan beroperasi tujuh hari seminggu iaitu pada hari Sabtu hingga Jumaat dari pukul 7.30 pagi hingga 11.30 malam, namun ianya tertakluk kepada keperluan & permintaan semasa Jemaah Malaysia. Operasi dihenti sementara selama 45 minit pada setiap solat fardhu.

PBHU mula beroperasi pada 1 Jan 2023.

Petugas PBHU GNEX beroperasi secara sepenuh masa secara temujanji di mana-mana hotel di Mekah/Madinah dengan menghubungi ditalian 055 4553 401 / 055 4553 446 untuk sebarang urusan pengeposan.

Tidak, kami menerima semua urusan pengeposan bagasi di Hotel-hotel Mekah/Madinah dan terbuka kepada semua Jemaah haji umrah dari mana-mana Syarikat pengendali pakej haji & umrah dan hotel-hotel berdekatan.

Penjualan kotak pelbagai saiz disediakan bagi memudahkan urusan pengeposan di kaunter.

GNEX/GDEX tidak menyediakan apa-apa perkhidmatan yang berkaitan dengan urusan penjualan dan penghantaran Air Zam-zam.

Terdapat 3 kaedah pembayaran iaitu:

  • Bayaran tunai – dibayar dalam bentuk matawang Saudi Riyal semasa
  • Bayaran Waktu Serah (COD)– dibayar oleh penerima di Malaysia melalui kurier atau kaunter GDEX sebelum serahan dilakukan ke alamat penerima. Pembayaran dalam matawang Ringgit Malaysia sahaja dengan kadar pertukaran SR1=RM1.25.
  • QR PAY Jemaah boleh jugak membuat bayaran dengan mengunakan Debit Card dari Bank-bank Tempatan. Pembayaran dalam matawang Ringgit Malaysia sahaja dengan kadar pertukaran SR1=RM1.25

Jemaah Malaysia tidak perlu risau untuk mengeluarkan wang simpanan atau memperuntukan wang khusus untuk menghantar item Bagasi Haji/Umrah kerana penerima di tanah air boleh membayar caj penghantaran sebelum serahan bagasi dilakukan oleh GDEX.

Penerima/pengirim perlu menelefon dan memaklumkan kepada Pusat Khidmat Pelanggan bagi tujuan serahan kali kedua atau ubah hala alamat penerima. Tindakan susulan akan dilakukan pada hari bekerja berikutnya dan tertakluk kepada budi bicara Pengurus Cawangan terlibat. Tiada caj tambahan dikenakan untuk perkhidmatan tambahan ini.

Pada setiap item pengeposan tercatat nombor rujukan kod bar bermula dengan MY12345678901. Semakan status serahan boleh dilakukan dengan melayari https://gdexpress.com/tracking/ dibawah sub tajuk Track A Shipment. Masukkan nombor rujukan tersebut untuk mengetahui maklumat status terkini.

Pembayaran pampasan oleh GDEX adalah tertakluk kepada RM200 per konsainan.

Ya, sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan kepada kandungan bagasi/barangan/bungkusan, pihak GNEX akan membayar ganti rugi berdasarkan kadar pampasan insuran yang dibeli atau nilai pampasan maksima RM1,000 per konsainan.

Semestinya ada. Pihak GNEX/GDEX ada menawarkan khidmat nilai tambah iaitu Insuran Bagasi Umrah pada kadar yang amat berpatutan dikenakan seperti di Lampiran 1.

Perlindungan insuran ini hanya terhad kepada Jemaah yang ingin membuat pengeposan ke Malaysia sahaja. Pembayaran tunai caj pengeposan dan premium insuran akan dikenakan kepada pengirim ketika pengeposan dilakukan.

GNEX/GDEX menghadkan kadar perlindungan sehingga SR3,000 dengan kadar premium sebanyak SR90 sahaja.

Bagasi/barangan/bungkusan yang telah diinsurankan akan melalui proses serahan yang sama dengan bagasi/barangan/bungkusan tidak diinsurankan iaitu serahan terus ke alamat penerima. Namun, GNEX/GDEX tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau tiada penerimaan yang berlaku selepas serahan kepada alamat penerima yang ditulis oleh pengirim.

Pihak GNEX/GDEX akan memulangkan caj pengeposan sekiranya bagasi/barangan/bungkusan tersebut hilang sepenuhnya. Tiada pemulangan caj pengeposan sekiranya item tersebut sekadar mengalami kerosakan atau hilang sebahagian.

Sebarang tuntutan ganti rugi item normal dan insuran Bagasi Umrah yang mengalami kerosakan / kehilangan sebahagian / kehilangan sepenuhnya hanya boleh dituntut oleh

pengirim atau wakil yang dipersetujui secara bertulis oleh pengirim sahaja. Tuntutan ganti rugi adalah mengikut syarat berikut;

  • Sekiranya didapati item yang diterima mengalami kerosakan / kehilangan sebahagian, jemaah perlu mengemukakan aduan dan tuntutan bertulis dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengeposan. Tempoh siasatan terhadap aduan akan mengambil masa selama 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima. Sebarang pengesahan mengenai status kerosakan / kehilangan sebahagian akan disahkanmelalui surat rasmi kepada jemaah.
  • Untuk item yang masih belum diterima (suspect total lost) dalam tarikh jangkaan penerimaan, jemaah perlu mengemukakan aduan bertulis dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengeposan. Siasatan dan pengesahan status kehilangan sepenuhnya item akan dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh aduan. Sebarang pengesahan mengenai status kehilangan sepenuhnya akan disahkan melalui surat rasmi/ panggilan kepada Jemaah perlu mengemukakan tuntutan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh surat/ panggilan pengesahan kehilangan barang tersebut dimaklumkan kepada jemaah.

Semua tuntutan (kerosakan / kehilangan sebahagian / kehilangan sepenuhnya) perlu dikemukakan secara bertulis dengan mengisi xxxxxxxxx, disertakan salinan resit dan salinan pengesahan diri yang saholeh pengirim atau wakil yang dipersetujui secara bertulis oleh pengirim sahaja.

Kemukakan tuntutan ganti rugi yang telah lengkap kepada mana-mana Pejabat Cawangan GDEX berhampiran. Proses pembayaran pampasan akan mengambil tempoh 4 – 6 minggu bekerja selepas dokumen lengkap diterima oleh GDEX. Manakala proses bayaran pampasan untuk bagasi/barangan/bungkusan yang diinsurankan mengambil tempoh 10 – 12 minggu bekerja selepas dokumen lengkap diterima oleh GDEX.

GDEX akan menguruskan dokumentasi dan deklarasi perkastaman secara percuma. Sekiranya item tersebut dikenakan cukai, pihak Kastam melalui GDEX akan memaklumkan kepada penerima mengenai kadar cukai yang dikenakan. GDEX akan menguruskan pembayaran item bagasi yang dikenakan cukai oleh pihak Kastam dan bayaran tersebut kemudian akan dituntut dari pihak penerima semasa bayaran serahan bagasi dibuat.

  • Menulis alamat penerima dengan lengkap & jelas berserta nombor telefon penerima yang boleh dihubungi pada kotak pengeposan.
  • Maklumat yang sama tertera pada kotak akan di ‘key-in’ dalam sistem pengeposan MyGDEX oleh petugas GNEX.
  • Menulis nama waris sebagai wakil penerima dan bukannya nama pengirim pada bahagian penerima.
  • Mematuhi berat maksimum tidak melebihi 30 kg untuk setiap bagasi.
  • Jangan menghantar barang-barang larangan dalam bagasi/barangan/ bungkusan.
  • Pengeposan sebarang item yang dikategorikan sebagai item merbahaya (dangerous goods) oleh GDEX atau pihak berkuasa adalah dilarang sama sekali. Item berbahaya seperti berikut tetapi tidak terhad, iaitu: bahan cecair, bahan mudah terbakar, senjata dan alatan tajam.
  • Pengeposan sebarang item yang dikategorikan sebagai item larangan (Prohibited Items) oleh GDEX dan pihak berkuasa atau item dilarang import oleh kerajaan Malaysia atau dilarang eksport oleh kerajaan Arab Saudi, adalah dilarang sama Item larangan seperti berikut tetapi tidak terhad, iaitu: wang tunai, kad kredit,
  • Pengeposan salinan asal dokumen-dokumen penting seperti berikut tetapi tidak terhad, iaitu: MyKad, passport atau lain-lain dokumen penting adalah di atas risiko pengirim seperti barang kemas, batuan dan logam berharga atau bahan cetak rompak.
  • Pengeposan salinan asal dokumen-dokumen penting seperti berikut tetapi tidak terhad, iaitu: MyKad, passport atau lain-lain dokumen penting adalah di atas risiko pengirim.

Pihak GNEX/GDEX tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang dialami dari pengirim sekiranya pihak berkuasa merampas atau menahan bagasi yang mengandungi barang-barang larangan seperti yang telah dinyatakan.

Petugas PBHU akan memakai pakaian t-shirt/ jaket yang mempunyai logo GNEX, GDEX dan Mohsen Cargo Services.

Pelanggan di Malaysia boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian +6011 23879855 atau 03-6419 5003 atau emel customerservice@gnex.com.my

Terma & Syarat

Information

Dangerous Goods & Prohibited Items

Not all items can be couriered. Please ensure your item is safe to send. Items in the following categories can cause damage, loss, and harm. Please ensure that your item is safe to be delivered. Find out more.

Explosives

Substances that can explode under defined conditions of dryness, flame, or heat

Flammable Solids

Substances susceptible to spontaneous combustion or will emit flammable gases when in contact with water

Radioactives

Substances that emit radioactive waves

Flammable / Toxic Gases

Combustable gases in the presence of air or without any energy application

Oxidising

Substances that may cause explosion, fire, or damage to living tissue, resulting in chemical burns. Reacts with other substances to produce a highly exothermic reaction

Corrosives

May cause burns or destruction of living tissue upon contact with skin

Flammable Liquids

Liquids with flash points of no more than 60ºC

Toxic / Very Toxic

May cause severe health risks or even death if ingested, including inhaling or delivery of substance into skin

Miscellaneous

Substances which present a danger or hazard during transport that is not covered by the 8 categories of dangerous goods

What are prohibited items?

  • Zam-Zam Water in a small bottle or any container is not allowed to be packed in a box.
  • Weaponry, explosive devices, firearms, ammunition or their parts (Including imitation, fakes, or replicas)
  • Gold, jewellery, antiques, fine art, or high value watches
  • Loose lithium-ion batteries
  • Counterfeit or pirated goods (e.g. CD, DVD, Blu-ray discs)
  • Animals (Any form; dead or alive)
  • Currency notes, coins, bullions, credit cards or traveller’s cheques
  • Live plants
  • Human remains or cremated ashes
  • Official documents such as IDs, passports, or birth certificates
  • Goods which may endanger health, environment, and safety
  • Illegal drugs or narcotics
  • Obscene and/or pornographic materials

Dangerous Goods References

‘- Malaysian Civil Aviation Act 1969 No. 66 & 67

‘- Act 3 of Malaysian Civil Aviation Act 1969

‘- Regulation 188 (Penalty)
1st Offence:
Individual fine of RM50,000 and/or not more than 3 years imprisonment
Corporate fine: RM100,000
2nd Offence:
Individual fine of RM100,000 and/or not more than 3 years imprisonment
Corporate fine: RM150,000

‘- Malaysian Civil Aviation Act 1969 (Regulation No. 67) Carriage of Dangerous Goods

BARANG LARANGAN TIDAK DIBENARKAN POS MELALUI PERKHIDMATAN BAGASI HAJI/UMRAH (TERMASUK AIR ZAM-ZAM BOTOL KECIL)
Berita GNEX

Artikel Terkini

Servis GNEX

Info GNEX

© Copyright 2023 Design by Eminaza